Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.378)

Video hari ini: Memperkenalkan duta terbaru bagi LINE, Neelofa tampil buat pertama kalinya di dalam iklan komersial aplikasi tersebut. Serba merah u’olls

Sejak kebelakangan ini kecoh juga gosip yang bertebaran di laman-laman sosial berkenaan kisah pertunangan yang dikatakan telah terjalin di antara Adira dan juga orang kuat Khairy Jamaluddin yang juga Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M)iaitu Shahrul Nasrun Kamarudin. Namun begitu Adira seperti biasa menyangkal dakwaan tersebut dan memberitahu dia baru sahaja mengenali lelaki tersebut beberapa bulan dan tertarik dengan kegigihan pemuda tersebut di dalam membantu masyarakat. – Mstar

Dunia dikejutkan dengan berita kematian salah seorang bintang utama drama bersiri popular Glee, Cory Monteith yang juga sedang menjalinkan hubungan cinta bersama Lea Michele yang ditemui mati di hotel tempat penginapannya pada hari Sabtu yang lalu. – US Weekly

Pasti jejaka di luar sana yang masih menyimpan angan-angan untuk memiliki Nora Danish gembira melihat keseronokan aktres tersebut di dalam menyambut Ramadhan setelah beliau berkongsikan gambar dia bersama keluarganya menjalani ibadah Terawih. – BeautifulNara

Sudah berada di London untuk berehat di samping meluangkan masa bersama keluarga, Maya Karin memberitahu bahawa dia akan menyambut Hari Raya secara sederhana, sesuai dengan personalitinya yang sememangnya gemarkan kesederhanaan. respect! – Utusan Malaysia

Berita mengujakan buat semua apabila Betty Benafe berkongsi berita kehamilannya yang kini sedang hamil empat bulan. – Sinar Harian

×