fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.377)

VIDEO HARI INI: Ini gaya beatbox paling menarik setakat ini pernah kami tonton & di’persembahkan oleh Tom Thum di Sydney, Australia.

Kalau anda terlalu sibuk untuk menonton program kegemarana anda di atas sofa empuk enak, kini anda boleh tonton bila bila masa di mana sahaja hanya dengan Astro On-The-Go!

Khabarnya, Selena Gomez telah terbuka hati untuk menerima kembali Justin Bieber sebagai kekasihnya dengan syarat penyanyi remaja popular itu tidak buat perangai yang bukan bukan lagi. – TMZ

Angelina Jolie akan mencuba nasib buat kali kedua sebagai pengarah filem apabila di’khabarkan telah sah akan mengarahkan filem Unbroken yang bakal di’bintangi oleh Jack O’Connell. – US Weekly

Sumber dalam dunia penyiaran baru baru ini memberitahu yang kumpulan idol 2NE1 bakal muncul dalam program Running Man tidak lama lagi & pertama kali muncul untuk program lasak sebegitu. – Soompi

Britney Spears menampilkan dua orang anaknya iaitu Jayden James dan Sean Preston dalam video muzik terbaru beliau untuk lagu Ooh La La yang juga merupakan runut bunyi untuk filem Smurfs 2. – USA Today

Mengikut ‘siasatan’ wartawan sebuah portal hiburan, Adira AF khabarnya kini sedang hangat bercinta dengan orang kuat dalam politik & juga rapat dengan Khairy Jamaluddin. – Murai