fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.376)

VIDEO HARI INI: Bukan senang jika anda punya nama yang sama dengan selebriti terkenal, dalam contoh iklan ESPN ini Michael Jordan.

Kalau anda terlalu sibuk untuk menonton program kegemarana anda di atas sofa empuk enak, kini anda boleh tonton bila bila masa di mana sahaja hanya dengan Astro On-The-Go!

Bintang remaja ini timbulkan kekecohan lagi dan kali ini Justin Bieber telah kencing dalam baldi di sebuah restoran selain menghamburkan kata kata kesar terhadap Bill Clinton tanpa sebab. – Huff. Post

Jika sebelum ini lebih banyak menutup mulut tentang majlis perkahwinan yang akan berlangsung, aktress Olivia Wilde dedahkan yang beliau sudah siap menempah baju pengantin & memilih pengapit. – People

Selamat bertunang pada Januari lalu, Black Mentor bakal mengumumkan tarikh perkahwinan beliau dengan Chira Khairi selepas sambutan Aidilfitri nanti — sepatutnya umum 3 Julai yang lalu. – Utusan Malaysia

Kumpulan Infinite yang memang tidak sabar untuk kembali ke arena muzik kpop pada 16 Julai ini telah mendedahkan senarai empat buah lagu yang bakal terkandung dalam album terbaru mereka. – Soompi

Selepas khabarnya hubungan mereka renggang sejak tiga bulan yang lalu, George Clooney & Stacy Kiebler telah memutuskan percintaan mereka hanya menerusi telefon. Stay classy huh? – TMZ