fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.375)

VIDEO HARI INI: Selalu hilang kunci? Terlupa letak mana telefon bimbit anda? Kini dengan TILE yang entah bila akan sampai ke pasaran Malaysia, anda tidak perlu risau lagi. #BukanIklan

Kalau anda terlalu sibuk untuk menonton program kegemarana anda di atas sofa empuk enak, kini anda boleh tonton bila bila masa di mana sahaja hanya dengan Astro On-The-Go!

Pelakon & pelawak ini tidak menafikan yang ada masanya beliau lewat ke lokasi penggambaran tetapi Zizan Razak kesal apabila isu ini di’perbesar oleh pihak yang tidak tahu perkara sebenar. – mStar Online

Selepas bercinta lebih tiga tahun, Jason Statham khabarnya sudah bersedia untuk melamar teman wanitanya, Rosie Huntington-Whiteley dan membawa hubungan mereka ke tahap yang lebih serius. – US Weekly

Jika sebelum ini anda telah melihat gambar sekitar majlis perkahwinan pasangan ini, kali ini paparazzi membawakan gambar Avril Lavigne dan Chad Kroeger gembira berbulan madu di Itali. – Huff. Post

Peminat hiburan di internet baru baru ini berjaya mendedahkan yang pengacara paling popular Korea, Yoo Jae Suk mempunyai bentuk badan sempurna mengikut teori Leonardo Fibonnaci. – Soompi

Nampaknya selepas dua tahun bercinta & sering di’gambarkan sebagai pasangan sempurna, George Clooney dan Stacy Kiebler akhirnya berpisah kerana masing masing mempunyai matlamat hidup berbeza. – People