fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.374)

VIDEO HARI INI: Just watch the video, just watch it.

Kalau anda terlalu sibuk untuk menonton program kegemarana anda di atas sofa empuk enak, kini anda boleh tonton bila bila masa di mana sahaja hanya dengan Astro On-The-Go!

Okay kalau anda ingin video lain untuk hiburan anda, Ellie Goulding hari ini baru sahaja melancarkan video muzil terbaru untuk lagu beliau berjudul Burn yang dicipta sendiri bersama Ryan Tedder. – Just Jared

Kedua dua filem ini sebenarnya ada khalayak peminat sendiri namun Despicable Me 2 nampaknya berjaya tewaskan The Lone Ranger dari segi kutipan hujung minggu pembukaan yang lalu. – ET

Dalam konsert pembukaan untuk siri jelajah beliau baru baru ini, John Mayer telah mendedikasikan sebuah lagu buat Katy Perry selain berterima kasih kerana bersabar dengannya selama ini. – US Weekly

Tidak hanya mahu di’kenali sebagai pelakon, Adi Putra yang sering menghiasi kaca TV dengan drama hits beliau kini akan bergelar pengacara segmen Seindah Ramadan di TV3. – Sinar Harian

Ahli kumpulan Super Junior, Shindong mendedahkan yang beliau pernah memberikan kad kredit kepada teman wanitanya untuk membeli barang dan perbuatan itu telah membuatkan ibunya kecewa. – Soompi