fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.369)

VIDEO HARI INI: Kalau anda seperti kami, kopi memang cecair wajib dan menjadi rutin untuk di’minum setiap hari — ini sedikit video maklumat akan kandungan kopi harian anda.

Kalau anda terlalu sibuk untuk menonton program kegemarana anda di atas sofa empuk enak, kini anda boleh tonton bila bila masa di mana sahaja hanya dengan Astro On-The-Go!

Filem hidup semula Superman, Man of Steel sehingga hujung minggu lalu telah berjaya mengutip lebih US$500 juta di seluruh dunia dan penerbit kini mensasarkan kutipan lebih tinggi. – THR

Penyanyi yang juga kini pereka fesyen, Jessica Simpson telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 30 Jun lalu yang di’berikan nama Ace Knute Johnson & merupakan anak kedua bersama tunangnya. – Huff. Post

Tidak mahu bersaing dengan filem blockbuster lain menjadi salah satu sebab kenapa studio filem di Hollywood sanggup menempah tarikh 5 tahun lebih awal untuk filem filem mereka. – The Wrap

Aktress popular Korea, Moon Geun Young dalam satu rancangan bual bicara baru baru telah pun memilih bintang Running Man Lee Kwang Soo sebagai lelaki paling ideal untuk dirinya. – Soompi

Jennifer Lopez telah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas beliau tanpa sedar membuat persembahan untuk pemimpin tertinggi Turkmenistan yang juga merupakan diktator. – US Magazine