fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.367)

VIDEO HARI INI: Dunia kita yang satu ini cukup awesome. Itu sahaja.

Kalau anda terlalu sibuk untuk menonton program kegemarana anda di atas sofa empuk enak, kini anda boleh tonton bila bila masa di mana sahaja hanya dengan Astro On-The-Go!

Sudah tonton Monster University di pawagam belum? Bersempena dengan tayangan filem animasi ini, mari kita lihat senarai 14 filem terbaik keluaran studio animasi Pixar sebelum ini. – Ent. Weekly

Kumpulan lagenda heavy metal dair California, Metallica akan gegarkan pentas Changi Exhibition Centre, Singapura pada 24 Ogos 2013 ini. Malaysia bila boleh masuk kumpulan berat sebegini? Heh. – MD

Pemandu Formula 1, Lewis Hamilton memberikan bayangan yang beliau mungkin tidak lama lagi akan menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih yang juga penyanyi Nicole Scherzinger. – People

Satu laporan menyebut yang penyanyi Baek Ji Young telah mengalami keguguran baru baru ini dan mengandung empat bulan ketika kejadian ini berlaku. Beliau kini masih di hospital. – Soompi

Rupanya Shila Amzah pernah bercinta dengan Awi Rafael sebelum Sharnaaz Ahmad dan kisah ini tidak ramai yang tahu kecuali mereka yang berada dalam industri hiburan. Ooooh! – Murai