fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.363)

VIDEO HARI INI: Seperti minggu kartun kami rasa apabila menyediakan anda dengan trailer terbaru filem animasi terkenal sepanjang zaman, Despicable Me 2 yang akan menemui penonton pada 4 Julai ini. Yang pasti filem ini pasti mendapat tempat di hati penggemar filem animasi barat khususnya. tak saabar mahu menontonnya!

Takziah diucapkan kepada penyanyidan juga juri X-Factor, Demi Lovato yang baru sahaja kematian ayah tercinta baru-baru ini disebabkan penyakit kanser. Walaupun pernah dimasukkan ke pusat pemulihan sekitar tahun 2010, tampaknya Demi lebih kuat sekarang. – Us Weekly

ah. Kali kedua kumpulan Heavy Metal, Metallica bakal turun ke Singapura selepas 20 tahun. Khabarnya juga, untuk bawa Metallica ke Malaysia masih lagi dalam perbincangan. Konsert kedua Metallica di Singapura bakal berlangsung pada 24 Ogos ini di Pusat Pameran Changi. – Astro Awani

Vokalis Monoloque, Loque, telah mengadakan majlis cukur jambul Anggerik Jelita pada 15 Jun lalu bertempat di kediaman ibu bapa isterinya, Dahlia Nadirah. – Media Hiburan

Penyanyi yang disifatkan tidak menyorok kelakuan buruknya di khalayak ramai, Rihanna, apabila memuat naik gambarnya menghisap dua balut ganja besar di laman Instagram Sabtu lalu. Do You Had Fun Girl? Heh. – Eonline

Mampu mengalahkan kutipan filem lakonan Brad Pitt berjudul World War Z, Monster Inc berjaya mengutip kutipan sebanyak 50 juta pada hari Jumaat lalu. EW