fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.362)

VIDEO HARI INI: Selepas beberapa klip pendek yang tidak bawa apa apa makna, Anchorman 2 akhirnya lancarkan trailer pertama mereka untuk sekuel filem epik ini, di pagawam Disember 2013.

Satu fakta menarik yang anda perlu tahu — anda kini boleh menonton program kegemaran anda di’mana sahaja, bila bila masa yang anda inginkan. Hanya dengan Astro On-The-Go!

Angelina Jolie yang merupakan UNHCR Special Envoy meluangkan masa beliau dengan bertemu dengan pelarian Syria di sempadan Jaber di Jordan untuk memberikan sokongan kepada mereka. – Just Jared

Selepas Kamal Adli dan Miera Liyana di’sahkan tidak akan menyambung tugas, program hiburan HIP TV di TV9 bakal menerima pengacara baru iaitu Aidid Marcello & Hani Hatim. – Media Hiburan

Aktor Hollywood, James Gandolfini terkenal membawakan watak Tony Soprano dalam siri televisyen popular The Sopranos telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 51 tahun, semalam. – EW

Buat pertama kali sejak lima bulan yang lalu, Miley Cyrus di’lihat keluar sambil berpimpin tangan dengan bekas tunangnya Liam Hemsworth dan mungkin mereka ingin kembali bersama. – US Weekly

Hampir setahun menjanda, produser sensasi Raja Azmi ambil keputusan untuk bertunang dengan jejaka pilihannya, Mohd Eddie Ghazali pada 15 Julai ini, sebelum berkahwin pada 15 September. – Harian Metro