fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.361)

VIDEO HARI INI: Pakai perisian antivirus McAfee? Ini pengasas syarikat itu sendiri, John McAfee memberikan tips bagaimana untuk uninstall perisian yang paling merengsakan dalam sejarah dunia PC. (NSFW)

Satu fakta menarik yang anda perlu tahu — anda kini boleh menonton program kegemaran anda di’mana sahaja, bila bila masa yang anda inginkan. Hanya dengan Astro On-The-Go!

Ketika perbicaraan permohonan cerai taklik baru baru ini, Noniswara mendakwa pernah di’tolak jatuh ke atas jalan oleh Datuk Rosman Ridzwan ketika memujuk suaminya itu untuk pulang ke rumah. – mStar Online

Dalam temubual bersama Vouge, Katy Perry akhirnya buka cerita tentang apa yang sebenarnya terjadi dalam perkahwinan singkat bersama Russell Brand selain mendakwa di’ceraikan melalui SMS. – US Weekly

Seorang lagi bintang Hollywood buka cerita tentang perpisahan, Johnny Depp berkata hubungan dengan pasangan 14 tahun Vanessa Paradis agak berantakan dalam tahun tahun terakhir bersama. – People

Salah sebuah syarikat gergasi hiburan Korea, YG Entertainment dedahkan yang mereka akan memperkenalkan sebuah kumpulan baru yang ahlinya fasih dalam tiga bahasa & gadis berusia 17 tahun. – Soompi

Program pertandingan nyanyian popular The Voice musim keempat telah menobatkan penyanyi berusia 16 tahun, Danielle Bradbery sebagai juara mutlak untuk musim ini mengalahkan dua finalis lain. – USA Today