fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.360)

VIDEO HARI INI: Video ini sudah lama sebenarnya, lebih setahun berada di Youtube dan ianya sesuatu yang mengasyikkan untuk melihat & tahu ada orang yang buat kerja lagi dahsyat teruk dari kita. Eh.

Satu fakta menarik yang anda perlu tahu — anda kini boleh menonton program kegemaran anda di’mana sahaja, bila bila masa yang anda inginkan. Hanya dengan Astro On-The-Go!

Menjadi salah satu keputusan yang di’pertikai ramai pemenang Pengarah Baru Terhebat Anugerah Blockbuster, Dharma Harun Al Rashid nafikan dakwaan beliau mengundi diri sendiri untuk menang. – mStar Online

Penyanyi ini sekali lagi menjadi perhatian polis apabila beliau di’siasat kerana di’dakwa melanggar seorang jurugambar dengan Ferrari putih’nya, namun Justin Bieber nampaknya terlepas kali ini. – TMZ

Nampaknya plot cerita untuk The Avengers 2 mula di’perkatakan & dalam satu temubual pengarah juga penulis Joss Whedon memaklumkan yang watak Loki tidak akan muncul dalam filem sekuel ini. – The Wire

Kalau anda teruja dengan tubuh badan Henry Cavill dalam filem Man Of Steel dan ingin tahu apakah rutin senaman yang di’lakukan, ini beliau tanpa baju dalam video latihan untuk filem tersebut. – Just Jared

Walaupun telah menerima rating terendah berbanding program di stesen televisyen lain, penerbit Running Man Jo Hyo Jin berkata beliau tidak ambil peduli sangat dengan semua itu & mahu kekal fokus. – Soompi