fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.36)

Pelakon Mark Wahlberg berkata yang beliau boleh bertindak bijak untuk melawan pengganas di’atas kapal terbang yang menyebabkan tragedi 9/11 dan menyelamatkan ramai penumpang. Eh. – TMZ

Majalah gossip OK! hari ini menyebut yang Angelina Jolie (gambar) sekarang ini sedang mengandung tiga bulan hasil hangat’nya kembali hubungan beliau bersama Brad Pitt. Gossip ini bukan’nya kali pertama kami dengar. Heh. – Celebitchy

Bakal muncul dengan single baru berjudul Aku Tak Mahu ciptaan Edry KRU tidak lama lagi, Abby Abadi dakwa diri’nya telah menjadi mangsa perbuatan sihir oleh mereka yang berniat jahat dan iri hati dengan beliau. – mStar Online

Lagi kisah Katy Perry tetapi ini satu berita baik. Penyanyi ini telah sah menjadi salah satu karakter baru untuk siri permainan video The Sims. – Rolling Stone

Majlis anugerah Grammy 2012 bakal kembali ke format lama & LL Cool J telah di’pilih untuk menjadi pengacara pertama dalam format yang di’perkenalkan kembali selepas tujuh tahun ini. – People