fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.359)

VIDEO HARI INI: Nampaknya ini projek besar buat Jay-Z dan Samsung di’mana mereka berkolaborasi untuk album terbaru penyanyi ini berjudul Magna Carta Holy Grail yang akan keluar 4 Julai ini.

Satu fakta menarik yang anda perlu tahu — anda kini boleh menonton program kegemaran anda di’mana sahaja, bila bila masa yang anda inginkan. Hanya dengan Astro On-The-Go!

Channing Tatum meraikan hari bapa pertamanya tahun ini dengan anak perempuan pertama, Everly & beliau bersama isteri, Jenna Dewan-Tatum kongsikan gambar anak mereka itu buat pertama kali. – NY Daily

Untuk mereka yang suka melihat badan cantik selebriti Hollywood, ini Kate Upton & Cameron Diaz dalam persalinan bikini ketika penggambaran filem mereka The Other Woman di New York. – US Weekly

Pelakon Ezany Nizariff bersama enam kru produksi membuat laporan polis bagi menuntut sebahagian gaji dari syarikat produksi NR Network yang tidak dibayar sejak empat bulan lalu. – mStar Online

Kalau gelaran ratu ini masih relevan dalam hidup anda, mungkin anda perlu tahu yang Miss USA untuk tahun 2013 ini telah di’menangi oleh Miss Connecticut Erin Brady mengalahkan 15 finalis lain. – People

Kumpulan idol kpop terbaru SM Entertainment, EXO kini telah berjaya menguasai tiga pertandingan muzik utama di Korea dengan lagu mereka, Wolf. Boleh tahan hebat walau baru. – Soompi