fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.358)

VIDEO HARI INI: Bayangkan perbualan antara anda dengan kanak kanak berusia 2 tahun, pasti penuh innocent gaya mereka. Ini versi dewasa & siri ini sudah masuk episod ketiga. Tonton juga episod 1 dan 2.

Kini, anda boleh tonton rancangan kegemaran anda di mana sahaja anda berada terima kasih kepada Astro On-The-Go!

Nicholas Ryan, seorang pelakon baru dari New Jersey menghabiskan kira kira US$5,000 dan lebih dua jam dalam bilik pembedahan untuk kelihatan seperti bintang Hollywood terkenal, Ryan Gosling. – Huff. Post

Filem Superman baru, Man Of Steel sudah berada di pawagam Malaysia bermula semalam dan jika anda mencari review untuk di’baca sebelum menonton, ini salah satu yang kami cadangkan. – EW

Bintang yang popular menerusi siri filem Twilight, Robert Pattinson telah disahkan menjadi wajah baru untuk barisan pewangi untuk lelaki Dior Homme dan ini imej pandang pertama beliau. – ET

Pelakon & pengacara muda, Miera Liyana menafikan khabar angin yang mengatakan beliau di’singkir dari program HIP TV kerana tidak memberikan prestasi yang baik ketika bersama program hiburan itu. – GUA

After School membuat kemunculan mereka selepas setahun senyap dari industri muzik pop Korea hari ini dengan single ke-6 dan pada masa sama melancarkan video muzik untuk lagu berjudul First Love itu. – Soompi

Selamat berhujung minggu!