VIDEO HARI INI: Penggunaan bulan sebagai objek dalam video ini sangat kreatif, kami suka dan anda perlu tonton. Itu sahaja.
Miley Cyrus yang baru putus tunang & Justin Bieber di’lihat berparti sakan di Los Angeles baru baru ini dan khabarnya mereka meninggalkan parti bersama sama sekitar jam 2.00 pagi. Hmm? – TMZ
Peminat program nyanyian popular di USA The Voice boleh menjangkakan persembahan hebat dari Bruno Mars, Florida Georgia Line dan Nelly di pentas akhir yang akan berlangsung pada 18 Jun ini. – EW
Akhirnya kita dapat lihat trailer pertama filem Diana yang menceritakan kehidupan dua tahun terakhir Puteri Diana yang di’lakonkan oleh aktress Naomi Watts. Di pawagam 20 September (UK). – Just Jared
Pelakon Shah Iskandar menganggap hubungannya dengan pelakon Nad Zainal hanya sekadar rakan artis semata-mata & tiada sebarang hubungan istimewa seperti yang di’bawa khabar angin. – mStar Online
Dalam temubual terbaru bersama media, Kanye West berkata yang dirinya akan menjadi Steve Jobs seterusnya dan menguruskan syarikat gergasi bernilai berbillion dollar. Seriously Kanye? – The Wire
Berita baik untuk mereka yang menantikan kedatangan band ini sejak zaman remaja lagi seperti kami, Linkin Park khabarnya akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada Ogos ini. – Media Hiburan