fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.356)

VIDEO HARI INI: Kami harap tiada pembaca kami yang datang dari Korea Utara, jika tidak kami dalam kesusahan yang teramat sangat nampaknya. Heh. Ini video muzik terbaru Grouplove untuk lagu Ways To Go.

Kini, anda boleh tonton rancangan kegemaran anda di mana sahaja anda berada terima kasih kepada Astro On-The-Go!

Pelakon Razali Hussain mengesahkan beliau selamat bernikah dengan seorang wanita bergelar guru bernama Nik Nor Azlina pada Jumaat lalu di Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam, Cheras. – mStar Online

Sekeping gambar pasangan ini yang nampak selesa dalam pelukan bersama tersebar & mengundang spekulasi sama ada aktress Ellen Page dan Alexander Skarsgard kini sedang bercinta. – People

Filem terbaru Superman, Man Of Steel akan ke pawagam minggu ini tetapi ramai lagi masih belum mengenali siapakah Henry Cavill pembawa watak Clark Kent, ini panduan ringkas untuk anda. – The Wire

Justin Timberlake baru sahaja melancarkan cover art untuk single terbaru beliau Tunnel Vision dari album The 20/20 Experience dan ianya boleh timbulkan sedikit kontroversi, di Malaysia. Heh. – Just Jared

Salah sebuah kumpulan muzik berpengaruh Korea, INFINITE umumkan yang mereka akan mengadakan konsert jelajah dunia yang di’beri tajuk INFINITE 1st World Tour One Great Step. – Soompi