fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.355)

VIDEO HARI INI: Dengan sedikit bantuan dari lagenda tinju Mike Tyson, Niel Patrick Harris nampaknya pergi dengan tema yang lebih besar untuk persembahan pembuka Tony Awards kali ini.

Kini, anda boleh tonton rancangan kegemaran anda di mana sahaja anda berada terima kasih kepada Astro On-The-Go!

Salah satu siri televisyen kegemaran kami di’sini, The Newsroom bakal memulakan musim kedua tidak lama lagi & ini trailer terbaru menampilkan semua pelakon termasuk Olivia Munn & Dev Patel. – Just Jared

Walaupun hanya bermodalkan US$3 juta, filem The Purge telah berjaya mengutip lebih US$36 juta hujung minggu lalu & mengejutkan ramai pihak kerana berjaya mengalahkan kutipan filem berbajet besar lain. – MTV

Pasangan ini jarang sekali menunjukkan kemesraan melampau di khalayak ramai namun baru baru ini Ashton Kutcher & Mila Kunis dilihat berkucupan mesra ketika keluar bersama di Saint Tropez. – US Weekly

Jika semalam kita lihat dokumentari bagaimana dunia hiburan global berubah dengan kehadiran Youtube, hari ini kita lihat pula di mana mereka yang pernah bergelar bintang Youtube. – The Wire

Program muzik popular Korea, M!Countdown akan ke Indonesia dengan penggambaran program khas M!Countdown Halo-Indonesia pada 3 Julai ini di Mata Elang International Stadium (MEIS) di Jakarta. – Soompi