VIDEO HARI INI: Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum filem generasi baru Superman, Man of Steel ini ke pawagam seluruh dunia dan ini video featurette 13 minit untuk tatapan anda.
Anak gadis mendiang Michael Jackson, Paris Jackson yang di’kejarkan ke hospital kerana di’syaki cuba membunuh diri muncul di khalayak ramai enam minggu lalu dengan tangan bercalar hirisan. – Daily Mail
Berdasarkan keintiman mereka dalam gambar di Instagram, gitaris Klangit Haris dan penyampai radio Hot FM, Chad di’khabarkan sedang hangat bercinta sejak beberapa bulan yang lalu. – Murai
Artis segera Youtube, Bobo khabarnya bakal berduet dengan penyanyi asal lagu Sayang, Shae di Anugerah Blockbuster 2 yang akan berlangsung 15 Jun ini di Johor Bahru. Oh Tuhan. – Malaysian Digest
Ini seni tahap apa pun kami tidak tahu, artis Daniel Edwards telah berjaya membuat sebuah patung (arca?) yang menyerupai rupa bentuk badan Kim Kardashian yang mengandung ketika ini. – Superficial
Kalau anda belum tahu, Taylor Swift telah melancarkan video muzik untuk lagu terbaru beliau Everything Has Changed duet bersama Ed Sheeran. Apa pandangan anda? – Just Jared