Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.351)
VIDEO HARI INI: Ketawa sebenarnya satu penyakit, ini sebuah video yang di’terbitkan syarikat kosmetik Rituals dan kami mencabar anda untuk tahan ketawa sehingga habis — lelaki ini memang hebat ketawa secara spontan.
Datuk Aziz Sattar menyifatkan pemergian pelakon S. Shamsuddin sebagai kehilangan seorang seniman komedi terulung buat negara selain rakan karib yang tiada gantinya, al-Fatihah. – Sinar Harian
Selepas mengecap populariti melalui siri franchise filem Harry Potter, Daniel Radcliffe berkata beliau tidak kisah untuk terlibat dengan siri filem yang lain contohnya Star Wars. – US Magazine
Maestro muzik penuh epik Hans Zimmer bakal bekerjasama sekali lagi dengan pengarah terkenal Christopher Nolan untuk terbitkan runut bunyi untuk filem seterusnya pengarah itu, Interstellar. – EW
Aktress Bollywood berusia 25 tahun, Jiah Khan telah di’temui mati di kediaman beliau di Juhu dan di’percayai pelakon muda ini membunuh diri dan berita ini gemparkan industri hiburan India – Huffington Post
Kumpulan terbaru SM Entertainment, EXO berjaya mendominasi tangga teratas carta iTunes dengan album penuh pertama di banyak negara hanya selepas enam jam di’lepaskan kepada umum. – Soompi