Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.350)

VIDEO HARI INI: Seperti yang anda mungkin sudah tahu, Taylor Swift kini kembali mendominasi carta lagu dengan single 22 & ini versi cover oleh Alex Goot dan kawan kawan.

Oh kebebasan untuk menonton program kegemaran anda pada bila bila masa dan di mana sahaja, hanya dengan Astro On-The-Go!

Bintang pop Filipina & juga salah seorang pelakon dalam siri TV popular di Amerika Syarikat, GLEE Charice Pempengco mendedahkan semalam yang dirinya memang seorang lesbian. – DAWN

Laporan media menyebut yang pelakon Hollywood berusia 33 tahun, Channing Tatum & isterinya Jenna Dewan baru sahaja menyambut anak pertama mereka, nama & jantina masih belum diketahui. – Just Jared

Dek kerana fesyen bertudung adik beliau sering menjadi perhatian peminat di Instagram, Erin Malik terjun ke dunia perniagaan fesyen dengan jenama sendiri yang berkonsepkan muslimah. – Sinar Harian

Dalam episod terbaru Running Man, aktress So Yi Hyun yang menjadi tetamu jemputan mengatakan dengan jelas yang beliau tidak berminat pun untuk menjalinkan ‘cinta skrin’ dengan Kim Jong Kook. – Soompi

Menjadi penghias muka hadapan majalah Complex terbaru, Nina Dobrev mendedahkan yang peluang bekerjasama dengan Emma Watson dalam filem Perks of Being a Wallflower bagaikan satu mimpi. – E!

×