fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.349)

VIDEO HARI INI: Vidoe ini sebenarnya sudah tiga bulan berada di Youtube namun hari ini kami baru jumpa dan tertarik dengan rendisi gadis ini untuk lagu popular sekitar 90’an. Telekung yang mahal sebenarnya, heh.

Oh kebebasan untuk menonton program kegemaran anda pada bila bila masa dan di mana sahaja, hanya dengan Astro On-The-Go!

Dalam temubual terbaru bersama program Oprah’s Next Chapter, Adam Levine berkata yang niat untuk berkahwin memang ada lebih lebih lagi bila melihat sahabat yang sudah berkeluarga. – US Weekly

Ibu penyanyi dan pemenang anugerah Grammy Bruno Mars, Bernadette Hernandez yang berusia 55 tahun telah meninggal dunia di Hawaii pada Sabtu lalu kerana sakit aneurisme otak. – People

Bekas Presiden Facebook & pencipta Napster, Sean Parker telah mengikat tali perkahwinan dengan Alexandra Lenas dalam satu majlis menelan kos US$10 juta bertemakan siri TV Game of Thrones. – News AU

BBC telah mengumumkan yang Matt Smith yang membawa watak utama dalam siri televisyen popular Doctor Who akan meninggalkan set selepas empat tahun. – Entertainment Weekly

Selepas bekerjasama tahun lalu untuk parodi Gangnam Style, nampaknya persahabatan antara Psy dan supermodel Heidi Klum tidak berkahir di’situ & gambar terbaru mereka membuktikannya. – Soompi