fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.347)

VIDEO HARI INI: Lama juga kami tidak paparkan video bertemakan People Are Awesome dan ini dia Tim Knoll menunjukkan bakat gila beliau dalam aksi lasak berbasikal. Jangan tiru kalau tidak mahu patah kaki.

Jika sebelah lelaki di’khabarkan berparti sakan dengan perempuan lain, Kristen Stewart pula di’lihat sudah keluar dari tempoh ‘berkabung’ selepas putus cinta dengan Robert Pattinson. – US Weekly

Vokal kumpulan Maroon 5 & juga juri program The Voice, Adam Levine kini di’khabarkan sedang mula berpacaran dengan seorang model berusia 21 tahun Nina Adgal — cepat sungguh temui pengganti. – People

Bakal melangsungkan perkahwinan pada Ahad ini, ramai tidak menyangka yang Izzue Islam sudah bercinta selama lima tahun dengan Awin Nurin yang juga merupakan pengurusnya. – Beautiful Nara

Agensi yang mewakili IU bercadang mengambil tindakan undang undang terhadap mereka yang mula menyebarkan gossip tentang perkahwinan penyanyi itu dengan ahli Super Junior, Eunhyuk. – Soompi

Seorang lagi jejaka hangat rebutan ramai Hollywood, Leonardo DiCaprio juga di’khabarkan kini sedang hangat bercinta dengan seorang model jenama Victoria’s Secret, Toni Garrn. – Just Jared