fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.345)

VIDEO HARI INI: Bukan selalu kami hidangkan kisah berkaitan permainan video tetapi yang ini terlalu awesome untuk di’simpan. Ini dia trailer 30 saat untuk Need for Speed Rivals yang bakal muncul di Xbox One & PS 4.

Mahkamah Syariah tidak membenarkan permohonan Jimmy Shanley bagi dapatkan notis tunjuk sebab terhadap Nursuhaila berhubung keingkaran bekas isterinya itu terhadap perintah mahkamah. – mStar Online

Filem terbaru Fast & Furious 6 yang membuka tayangan di pawagam seluruh dunia minggu lalu di’jangka akan mengutip US$120 juta sepanjang tayangan hujung minggu lalu, satu rekod baru. – EW

Bintang siri TV popular Breaking Bad, Aaron Paul kini sudah bergelar suami selepas di’laporkan mengahwini Lauren Parsekian pada Ahad lalu di California selepas setahun bertunang – US Magazine

Walaupun tahun 2012 sudah hampir enam bulan berlalu, ini dia senarai 17 orang selebriti popular Hollywood yang menjadi kebencian ramai menurut satu kajian rambang sepanjang tahun lepas. – The Wire

Khabar angin mula bertiup kencang mengatakan penyanyi Korea, IU bakal melangsungkan perkahwingan dengan ahli Super Junior Eunhyuk pada Oktober nanti, yang terus disangkal kedua dua pihak. – Soompi