fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.404)

VIDEO HARI INI: Awwwwwwwwwwww!

Bukan pertama kali bintang remaja ini punyai masalah dengan polis trafik, terbaru Justin Bieber telah di’tahan memandu secara berbahaya dan di’dapati tidak mempunyai lesen memandu sah. – TMZ

Selepas gagal mendapatkan Dr. Luke untuk menjadi juri American Idol, pencarian akan tetap di’teruskan dan ini akan menyebabkan musim terbaru program realiti TV itu akan tertunda. – The Hollywood Reporter

Pengurus Miley Cyrus berkata yang penyanyi itu sangat gembira dengan persembahan beliau di MTV Video Music Awards baru baru ini walaupun mendapat kritikan dari penonton di seluruh dunia. – US Magazine

Kesemua anggota lain Big Bang Seungri, Taeyang, T.O.P dan Daesung akan menyertai konsert akhir G-Dragon, One of a Kind The Final yang akan berlangsung di Seoul selama dua hari. – Soompi

Selepas beberapa hari bertebaran kisah mereka, akhirnya laporan terbaru menyebut yang pasangan Catherine Zeta-Jones & Michael Douglas disahkan telah berpisah dna tidak lagi tinggal bersama. – CNN