fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.344)

VIDEO HARI INI: Dia hanya peduli tentang susuk tubuhnya, kediamannya, kereta, keluarganya, gerejanya, rakannya, gadisnya & ya, anda boleh lihat sendiri. Ini Don Jon, filem arahan sulung Joseph Gordon-Levitt.

Selepas bergelar ibu pada Februari lalu, Faezah Elai mengambil keputusan untuk memilih watak & menolak sebarang watak jahat atau antagonis untuk menjaga perasaan anaknya. – mStar Online

Apa sudah jadi dengan bintang remaja ini pun tidak kami faham, Amanda Bynes mendakwa pegawai polis yang menahannya atas dakwaan memiliki dadah telah melakukan gangguan seksual terhadapnya. – US Weekly

Semua sudah tahu akan pembedahan yang di’lalui Angelina Jolie namun Brad Pitt juga berusaha keras untuk mengelakkan berita itu di’ketahui ramai lebih awal demi kepentingan teman hidupnya itu. – People

Bintang filem 21 Jump Street, Jonah Hill baru baru ini di’laporkan hangat bercumbu dengan bekas kekasihnya Jordan Klein dan menimbulkan satu persoalan sama ada mereka kini sudah kembali bersama. – ET

Walaupun sudah 15 tahun dalam industri, Shinhwa masih membuktikan mereka masih berbisa selepas merangkul tempat pertama di Show! Music Core di MBC dengan single mereka This Love. – Soompi