fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.403)

VIDEO HARI INI: Teaser sikit untuk single terbaru kumpulan K-Pop KARA, Damaged Lady

Disebabkan isu sentimen perbalahan kaum 13 Mei 1969 yang ditunjukkan di dalam filem ‘Tanda Putera’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengarahkan agar filem tersebut yang dijangka mula ditayangkan mulai esok supaya tidak menayangkan di seluruh negeri Pulau Pinang. – Astro Awani

Baru sahaja Metallica datang ke Malaysia kini kumpulan Metal dari Amerika Syarikat, Lamb Of God pula di bawa masuk. Namun ada beberapa NGO yang membantah kemasukkan mereka yang dijangka membuat persembahan pada 28 September ini kerana sentimen keagamaan. – Utusan Malaysia

Pasangan Hollywood yang sudah bersama hampir 4 tahun, Khloe Kardashian dan Lamar Odom sebelum ini dikatakan bakal bercerai disebabkan Lamar mempunyai masalah dadah namun begitu sumber tersebut nyata meleset selepas sumber memberitahu Lamar balik ke rumah dan berbincang secara serius bersama Khloe yang ingin membantu selepas beberapa hari menghilangkan diri. – TMZ

Percintaan di antara Sarimah Ibrahim dan jejaka berbangsa Perancis selama dua tahun akhirnya menemui jalan buntu selepas dua faktor yang menyebabkan mereka berpisah iaitu Agama dan juga budaya. – Murai

Chef selebriti yang berdarah campuran Filipina-China, Chef Bruce Lim pernah bercita-cita untuk menjadi tentera laut sebelum membuat keputusan untuk bergelar tukang masak. – mStar Online