fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.343)

VIDEO HARI INI: Baru sahaja bercakap tentang trailer pertama filem ini semalam, trailer kedua Man Of Steel kini muncul di internet & nampak lebih fokus kepada aksi dan kandungan filem ini.

Penerbit Eminem mengemukakan saman terhadap laman sosial Facebook kerana menggunakan lagu penyanyi tersebut Under The Influence dalam salah satu iklan mereka tanpa sebarang kebenaran. – MTV

Para peminat sitkom ini memang mengharapkan yang barisan pelakon’nya akna kembali ke kaca televisyen namun ini reunion sitkom Friends paling hampir dengan impian anda semua, dalam Ellen. – US Magazine

Nampaknya hubungan pasangan ini semakin serius selepas Mila Kunis di’lihat telah bertemu dengan ibu bapa Ashton Kutcher di London selain menghabiskan hari Ahad bersama mereka. Aww. – People

Selepas sah berpisah dengan Robert Pattinson, Kristen Stewart di’lihat telah keluar dari rumah mereka bersama dan menuju ke kediaman Taylor Swift di Beverly Hills. Cipta lagu baru bersama ‘kah? – NY Daily

Satu kajiam rambang oleh sebuah laman web pelancongan mendapati pengacara popular, Yoo Jae Suk telah di’angkat sebagai selebriti Korea Selatan paling mesra peminat dengan 23.5% undi. – Soompi