VIDEO HARI INI: Michelle Phan, satu nama yang tidak asing lagi bagi mereka yang mahu belajar menyolek diri sendiri. Kali ini dia menyuruh kekasihnya pula melakukan solekan ke atas mukanya. Fabulous!

Benda paling menakutkan yang selalu terjadi di kalangan belia di Malaysia iaitu Muflis, mujurlah ada satu institusi yang dikenali sebagai Insolvensi yang akan membantu menyelesaikan masalah yang terjadi kepada Aweera yang juga anggota kumpulan Mojo yang telah disenarai hitam sebagai muflis. Selepas heboh diperkatakan dia akui kariernya sedikit terjejas. – Malaysian Digest


Beberapa ketika ini nama Zizan Razak dikaitkan bakal mengendalikan rancangan realiti popular Akademi Fantasia 2013 dan mengakui berasa kerdil apabila dibandingkan dengan pengacara-pengacara sebelum ini seperti Dato’ AC Mizal, Dato’ Aznil Hj. Nawawi dan Sarimah Ibrahim. – mStar Online

Pertama kali menyambut ketibaan syawal di dalam penjara, Ameng Spring yang terlibat di dalam penyalahgunaan dadah memberi nasihat kepada artis baharu bahawa dadah hanyalah keseronokkan sementara yang akan memusnahkan hidup.- Sinar Harian

Baru sebulan melahirkan Prince George, Kate Middleton tampak slim apabila membuat kemunculan pertama membeli barangan dapur di kediaman keluarganya di Anglesey, Wales. – Us Weekly

Pelakon indonesia Marshanda rupanya pernah mengalami masalah depresi ketika zaman kecilnya akibat dari perceraian orang tua. Cara terbaiknya ketika itu adalah meluahkan rasa hatinya kedalam YouTube. – Detikhot