VIDEO HARI INI: Walaupun demam gusti di Malaysia sudah lama hilang, namun aksi berani mereka walau kita tahu banyak yang palsu masih menakutkan kita kadang kadang, Heh.

Dah namapun Taylor Swift, dia nampaknya tidak malu untuk menunjukkan reaksi membenci bekas kekasihnya yang juga salah seorang anggota kumpulan One Direction, Harry Style yang dikenali dengan sikap ‘playboy’ di hadapan ramai apabila mengeluarkan kata kesat ketika kumpulan tersebut naik ke pentas bagi sesi penyampaian hadiah di Anugerah VMA’S – Us Weekly


Kalau kita imbas kembali di awal kemunculannya, Zehra Zamri ketika berusia 18 tahun pasti ramai yang mengagak dia mengikut trend kerana ketika itu genre irama Malaysia amat popular yang ketika itu dimonopoli hampir keseluruhan oleh dua penyanyi hebat, Noraniza Idris dan juga Dato’ Siti Nurhaliza. Dah Tahun 2013, dia masih lagi kekal dengan genre tersebut, dan bakal keluar dengan Single terbaru berjudul Semalakama. Masih single. – Utusan Malaysia

Filem yang sepatutnya mendapat tempat di hati para penonton di Malaysia yang kekurangan jati diri & juga pengetahuan am mengenai tragedi 13 Mei. Barisan pelakon filem arahan Shuhaimi Baba, Rushdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan juga Linda Hashim berkongsi pengalaman mereka di dalam melakonkan watak besar di dalam sejarah Malaysia di dalam filem ‘Tanda Putera’ – Kosmo

Aih k-pop, apa sahaja yang dilakukan pasti untuk peminat. Apa yang lebih mengujakan, salah seorang penyanyi kumpulan wanita paling popular kami agak, Girl Generation yang comel dan kepandaian nyanyiannya yang agak baik berbanding yang lain, Taeyeon menunjukkan teaser gambar yang dikatakan untuk single terbaru mereka berjudul ‘Galaxy Supernova’. – Allkpop

Kos membaik-pulih pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang beharga RM 25,000 haram di sisi Islam. antara kata-kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata ‘Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf’. – mStar Online