VIDEO HARI INI: Ini mungkin video terpanjang pernah kami paparkan di sini tetapi jika anda ada banyak masa untuk di’luangkan, koleksi blooper siri televisyen The Office ini mampu mengimbau memori. Heh.
Anda tahu anda cukup popular apabila saintis menamakan fosil dengan nama anda dan itulah yang terjadi kepada Johnny Depp apabila namanya di’gunakan pada fosil berusia 505 juta tahun. – E!
Adibah Noor mengakui yang tawaran berlakon yang di’terimanya memang terhad tetapi tidak bermakna beliau menerima apa sahaja watak yang di’tawarkan & menolak watak stereotaip. – mStar Online
Nampaknya peminat sudah mula bosan, selepas mereka dilihat bercium di belakang pentas Billboard Music Award pasangan Selena Gomez & Justin Bieber di’minta untuk hentikan drama antara mereka. – MTV
Gossip sebelum ini bertebaran mengatakan yang Beyoncé mengandung & membatalkan konsert beliau tetapi suami, Jay-Z telah tampil memberikan kenyataan menafikan perkara itu hari ini. – US Magazine
Lee Seung Gi dalam satu sidang media menggambarkan alam perkahwinan beliau dengan berharap akan mengahwini seseorang yang sedikit lebih tua darinya & tidak kisah untuk mengahwini selebriti. – Soompi