fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.340)

VIDEO HARI INI: Kalau anda kenal semua mereka yang ada dalam video ini, anda memang kaki Youtube. Ini para bintang Youtube antarabangsa meraikan status mereka sebagai bintang Youtube. Hmm.

Ini merupakan trailer penuh pertama untuk filem sekuel Anchorman 2 yang akan ke pawagam pada Disember ini & Will Ferrell mahu anda semua untuk stay classy, walau apa pun maksudnya. – Youtube

Pelakon Que Haidar menjelaskan soal wang tidak pernah menjadi faktor kepada keputusannya untuk kembali aktif dalam dunia lakonan sebaliknya kerana suka akan skrip & jalan cerita. – mStar Online

Berita baik untuk semua peminat siri televisyen popular UK, Doctor Who apabila BBC mengumumkan yang ianya akan kembali untuk musim kelapan & kerja kerja awal sudah di’mulakan. – Just Jared

Peminat Twilight harus tabahkan hati, khabar terbaru mengatakan yang Robert Pattinson dan Kristen Stewart kini berpisah buat sementara waktu selepas pelbagai masalah sejak kebelakangan ini. – US Weekly

Walaupun mengutip lebih sedikit berbanding pembukaan filem terdahulu, Star Trek: Into Darkness berjaya mencapai status filem terlaris sepanjang hujung minggu lalu di Amerika Syarikat. – EW