fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.399)

VIDEO HARI INI: baru pertama kali mendengar kumpulan yang digelar Pentatonix menyanyi. Dianggotai oleh 5 orang yang masing-masing punyai kehebatan tersendiri. Dengarkan mereka cover lagu “Cant Hold Us” nyanyian asal oleh rapper Amerika Macklemore.

Salah seorang ahli kumpular Super Junior, Kangin berkongsi rahsia hanya memakan 1 buah strawberi jika berasa lapar & tidak meminum banyak air untuk mendapatkan badannya yang sekarang. Tempoh diet yang dilakukan selama 27 hari telah membuatkan dia turun sebanyak 15 kg. – Allkpop

Satu yang mengujakan untuk rancangan realiti Televisyen popular, Akademi Fantasia 2013 apabila mengambil nama-nama besar sebagai tenaga pengajar. Antaranya ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan juga Melly Goeslow. – Utusan Malaysia

Dah namapun anak berada sudah pastilah sambutan hari jadi pun tidak kurang hebatnya. Anak kepada pasangan terkenal Kris Jenner & Bruce Jenner iaitu Kylie Jenner yang baru sahaja menyambut hari ulangtahun yang ke-16 baru baru ini menerima hadiah yang jika diconvert boleh mencecah hampir RM 500,000. Umph! – TMZ

Filem yang terpaksa ditangguhkan lebih kurang setahun disebabkan kontroversi politik kini bakal ditayangkan. Pengarah filem tersebut, Shuhaimi Baba turut meminta agar jangan ada media yang cuba membuat provokasi untuk filem ini dan mengaitkan isu politik. – mStar

Rasanya ramai yang tidak tahu, pelakon yang popular menerusi filem komedi “Just Go With It” Jennifer Anniston yang kini berusia 44 tahun rupanya takut menaiki kapal terbang. – MSN