fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.34)

Walaupun ada yang berpendapat majlis anugerah Golden Globe ke 69 ini agak membosankan, namun usikan nakal Ricky Gervais masih menjadi bahagian kegemaran kami. – Showbiz 411

Akaun Twitter Ashton Kutcher telah di’ceroboh dan aktor itu berazam mencari siapa yang bertanggungjawab & menulis kenyataan tidak benar tentang teman tetapi mesra beliau, Lorene Scafaria. – Mirror UK

Penyanyi, Marsha Milan Londoh mengambil keputusan untuk bernaung di’bawah syarikat pengurusan artis milik Dafi selepas kontrak bersama Alibi Music tamat. Semoga pengurusan baru dapat bawa penyanyi ini lebih jauh. – mStar Online

Beberapa keping gambar terbaru dari filem yang paling di’nanti tahun 2012, The Dark Knight Rises telah di’keluarkan baru baru ini & tiada apa yang luar biasa, tetapi masih menarik. – Entertainment Weekly

Masih dengan demam anugerah Golden Globe ke 69, tetapi kali ini pilihan 10 persalinan terbaik selebriti wanita di’atas karpet merah termasuk Natalie Portman (gambar), Kate Winslet, Sarah Hyland & Evan Rachel Wood. – The SMH