fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.339)

VIDEO HARI INI: Apa jadi kalau kucing mampu menulis diari sendiri? Versi ini dari Ze Frank untuk kisah seharian haiwan peliharaan di’gemari ramai.

Ini pun boleh jadi sebuah cerita sensasi kalau di Hollywood. Kereta mewah Lamborghini Aventador milik Kanye West bernilai lebih US$750,000 telah melanggar pagar rumah kekasihnya, Kim Kardashian. – TMZ

Selepas Mariah Carey dan Justin Timberlake, satu lagi ikon pop masa kini iaitu One Direction mengumumkan yang mereka akan mengadakan satu konsert jelajah dunia pada tahun 2014. Nak pergi! – Guardian

Bakal mengadaptasi novel Summer Crossing, Scarlett Johhanson bakal bergelar pengarah buat pertama kali lebih lebih selepas hak pengedaran sudah pun di’tentukan di Cannes. – Huff. Post

Tampak penuh elegan menghiasi edisi terbaru majalah W, Emma Watson berkata dalam temubual yang beliau tidak terdesak untuk di’lihat dengan imej seksi buat masa ini. Stay classy!People

Ahli kumpulan SNSD (Girl’s Generation), Yuri telah pun di’sahkan bakal membintangi sebuah filem berjudul No Breathing sebagai teraju bersama Lee Jong Suk dan Seo In Gook. – Soompi