fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.338)

VIDEO HARI INI: Siri televisyen ini pernah menjadi kegilaan kami ketika ianya berada di’puncak populariti & ini dia video Pam, Jim, Dwight, dan Roy ucapkan selamat tinggal untuk The Office.

Beyoncé mengemukakan permohonan maaf kepada para peminat beliau selepas membatalkan konsert’nya di Antwerp kerana keletihan melampau & berjanji akan menebus balik kesalahan secepat mungkin. – US Weekly

Tidak menolak yang beliau mungkin mahu mengandung lagi, Britney Spears mendedahkan yang beliau mahukan anak perempuan pula kali ini selepas dua orang anak lelaki bersama Kevin Federline. – Metro

Festival Filem Cannes ke 66 memulakan acara ekstravaganza mereka dengan menayangkan filem adaptasi, The Great Gatsby yang menerima maklumbalas positif dari para hadirin yang menonton. – EW

Pemain gitar kumpulan Kangen Band, Dodhy berang dengan penyebaran gambar mesranya dengan penyanyi Ratna Dilla kerana ianya memberikan kesan kepada kestabilan rumahtangga beliau. – Sinar Harian

YG Entertainment seakan mengesahkan yang salah stau projek terbaru mereka adalah mengeluarkan lagu solo pertama untuk CL dari kumpulan 2NE1 yang bakal muncul pada 28 Mei 2013 ini. – allkpop