fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.337)

VIDEO HARI INI: Walaupun banyak video parodi tentang apa akan terjadi jika Facebook menjadi elemen di dunia nyata, tetapi yang ini lebih fokus jika kemaskini terbaru Facebook terjadi pada diri anda.

Empat filem tempatan telah dipilih untuk ditayangkan di acara berprestij Festival Filem Cannes di Perancis pada 15 hingga 24 Mei iaitu Vikingdom, Bola Kampung The Movie, Penanggal, dan KIL. – Media Hiburan

Aktres Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan beliau pernah menjalani pembedahan membuang kedua dua payu daranya selepas di’dapati mempunyai risiko untuk mendapat barah payu dara. – Fox News

Dalam temubual terbaru dengan sebuah radio di Boston, Selena Gomez mengesahkan yang beliau kini sedang solo & tidak menjalinkan semula hubungan dengan Justin Bieber seperti di’khabarkan media. – MTV

Baru sahaja muncul dengan lagu hits terbaru bersama Miguel berjudul Beautiful, Mariah Carey telah merancang untuk mengadakan satu konsert jelajah dunia pertama sejak tahun 2004. – People

Pada Hari Ibu hujung minggu yang lalu, ahli kumpulan SNSD (Girl’s Generation) Taeyeon telah menghadiahkan beg tangan berjenama mewah Chanel kepada ibunya. Aww sweet. – Soompi