fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.336)

VIDEO HARI INI: Semua video cover mahu pun parodi tidak akan mampu melawan video yang satu ini. Commander Chris Hadfield rakamkan versi beliau sendiri untuk lagu Space Oddity di angkasa lepas. Like a boss!

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu baru baru ini, Kim Kardashian berkata kepada peminat yang beliau tidak sabar untuk bergelar seorang ibu selain gementar menanti saat kelahiran bayi sulung. – People

Buat para peminat siri TV popular, Arrested Development ini merupakan trailer penuh pertama untuk musim terbaru siri itu yang akan muncul hanya di Netflix pada 26 Mei ini. Malaysia? Hmm. – The Wire

Michael Douglas berkata yang beliau merasa selesa dengan adegan bercium bersama Matt Damon dalam program TV, Behind the Candelabra selain berkata ianya di’lakukan secara professional. – Mirror

Kegagalan rumahtangga yang lalu tidak pernah menjadi penghalang dalam kehidupan peribadi penyanyi ini jesteru Jamal Abdillah bercadang untuk berkahwin dengan gadis pilihan sekitar 2014. – Sinar Harian

Oleh kerana kesibukan kerja & menguruskan akademi sendiri, Amber Chia meletakkan niat awal untuk mendapatkan anak kedua sekitar tahun hadapan selepas jadual kerjanya lebih ringan. – Asia One