VIDEO HARI INI: Ini video yang mungkin anda belum pernah tonton hingga kini, menunjukkan rakaman persediaan konsert dimana Michael Jackson menunjukkan moonwalk paling epik pernah kami lihat.

Walaupun baru hari pertama tayangan di USA, The Great Gatsby telah berjaya mengaut kutipan tiket berjumlah US$19.4 juta yang memungkinkan filem tersebut mengaut kutipan hujung minggu yang besar. – EW


Yang para peminat beliau tunggu sejak tahun lalu kini sudah tiba, Justin Bieber tampil membuat penampilan khas bersama pengurusnya, Scooter Braun dalam episod terbaru siri animasi TV, The Simpsons. – Billboard

Kalau anda pernah menonton tiga edisi sebelum ini, Celebrities Read Mean Tweets edisi keempat ini wajib untuk anda tonton. Kali ini ianya melibatkan Jessica Simpson, Jessica Alba, Zach Braff & ramai lagi. – Youtube

Sebanyak 21 kumpulan kpop membuat persembahan pada 2013 Dream Concert yang berlangsung Sabtu di Seoul World Cup Stadium dengan angka kehadiran para peminat melebihi 45,000 orang. – allkpop

Jimmy Shanley akui telah berhabis lebih RM20,000 untuk urusan guaman dan mahkamah dalam usaha menyelesaikan isu rumahtangga dengan bekas isteri, Nursuhaila sejak hampir 3 tahun lalu. – Murai