Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.334)

VIDEO HARI INI: Anda peminat filem Shaun of the Dead & Hot Fuzz? Yeah, mereka yang sama menghasilkan filem tersebut kini bakal kembali dengan filem baru, The World’s End. Nampak epik!

Anda mungkin sudah tahu yang Miley Cyrus merupakan selebriti di tangga pertama dalam senarai Maxim’s Hot 100, dan ini merupakan gambar separuh bogel beliau untuk edisi khas tersebut. – US Weekly

Selepas tiga tahun bercinta pasangan yang popular bergandingan dalam The Vampire Diaries, Nina Dobrev & Ian Somerhalder mengumumkan yang mereka kini sudah tidak bercinta lagi. – Daily Mail

Selepas 12 tahun menjadi juri & pelbagai spekulasi tentang masa hadapan beliau dalam program realiti TV ini, Randy Jackson mengambil keputusan nekad untuk meninggalkan American Idol. – People

Bintang How I Met Your Mother, Neil Patrick Harris telah di’sahkan bakal menjadi pengacara Tony Awards 2013 pada 9 Jun ini yang merupakan kali keempat buat selebriti berusia 39 tahun ini. – Just Jared

Selepas lebih sebulan kembali dengan lagu baru, Psy melancarkan sebuah video di sebalik tabir pembikinan vidoe muzik Gentleman yang kini sudah mencecah lebih 300 juta tontonan. – Soompi

×