fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.333)

VIDEO HARI INI: Mengingati tahun 2002, terasa sekejap sahaja masa yang berlalu & ini kompilasi budaya pop juga hiburan sepanjang tahun tersebut untuk anda mengimbas memori, katanya. Sh*t, I feel ancient.

Selain mengakui yang beliau ada melakukan pembedahan plastik beberapa tahun lalu, Amanda Bynes turut benci melihat media menggunakan foto lama kerana beliau lebih cantik kini. – Huff. Post

Pasangan Gwyneth Paltrow dan Chris Martin mengekalkan tradisi mereka untuk tidak mengambil gambar bersama walaupun hadir sekali ke Costume Institute Gala di New York baru baru ini. – US Weekly

Ning Baizura yang bercadang memperkenalkan anak sulung beliau, Sky Ryan Dalton kepada media & peminat hari ini terpaksa menangguhkan niat tersebut kerana mempunyai isu dengan lokasi. – GUA

The Wanted hari ini melancarkan sebuah video muzik untuk lagu Walks Like Rihanna yang mengandungi babak menarik dari video muzik popular *N’Sync, Backstreet Boys & Take That. – Just Jared

Melihat kejayaan Iron Man 3, para pelakon filem sekuel The Avengers telah mula meningkatkan harga mereka untuk terus berlakon dalam siri filem itu, mana boleh Robert Downey Jr seorang dapat US$50 juta ‘kan? – Deadline