fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.332)

VIDEO HARI INI: Kalau anda mengikuti isu semasa dalam tempoh 24 jam yang lalu, pastinya anda sedar isu perkauman yang menjadi perbualan ramai. Ini sebagai satu ingatan manja buat kita semua.

Selepas berjaya mengutip US$700 juta dengan Mission Impossible: Ghost Protocol, Tom Cruise di’khabarkan telah bersetuju untuk membintangi filem kelima dalam siri tersebut. – Entertainment Weekly

Mengakui yang populariti mereka semakin menurun di’kalangan peminat hiburan, Bunkface mengambil keputusan tidak akan menerbitkan apa apa album penuh lagi selepas ini. Merajuk? – GUA

Pembangun permainan video Electronic Arts (EA) hari ini mengesahkan yang mereka akan mengeluarkan permainan video atas jenama Star Wars selepas mendapat keizinan daripada Disney. – USA Today

Walaupun baru sahaja melancarkan album terbaru mereka Grown, 2PM membuktikan yang mereka masih berbisa dengan menduduki tempat teratas di carta iTunes di enam buah negara hari ini. – Soompi

Mahukan anak pertama beliau Blue Ivy Carter mempunyai teman di’masa hadapan, Beyoncé berkata yang beliau memang merancang untuk mempunyai anak lagi selepas ini. – People