fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.331)

VIDEO HARI INI: Raja troll sedunia, Rémi Gaillard kembali lagi dengan video baru & kali ini beliau cuba untuk menaiki kapal terbang dan keretapi dengan memakai kostum bom. Kelakar tidak masuk akal.

Jika semalam kita ada Miley Cyrus yang mendahului senarai Maxim’s Hot 100, hari ini bintang Hollywood Mila Kunis pula di’nobatkan sebagai wanita paling seksi di dunia untuk tahun 2013 oleh FHM. – L.A Times

Filem Iron Man 3 berjaya menjadi filem kedua paling banyak mengutip jualan tiket dalam sejarah pada tayangan pembukaan hujung minggu lalu dengan jumlah US$175.3 juta di AS sahaja. – EW

Justin Timberlake hari ini mengumumkan yang beliau akan menjelajah ke benua Amerika, Eropah & Australia bermula 31 Oktober ini untuk konsert The 20/20 Experience World Tour. Malaysia? – Just Jared

Dalam satu sesi temubual secara langsung bersama peminat baru baru ini, Psy telah mengesahkan yang beliau akan mengeluarkan sebuah album selewatnya pada musim panas kali ini. – Soompi

Dalam sebuah konsert di Dubai, Justin Bieber telah diserang oleh seorang peminat fanatik lelaki ketika beliau membuat persembahan di’atas pentas sehingga menjatuhkan piano yang ada. – US Weekly