VIDEO HARI INI: Seiring dengan arus peredaran zaman sekarang, istilah memiliki gajet terbaru pasti sukar untuk dinilai kerana saban hari ada sahaja benda terbaru dikeluarkan. Termasuk juga dengan dua nama Apple dan juga Samsung yang sering berlawan antara satu sama lain, apa kata anda tonton video ini untuk lihat kelainan Nokia Lumia 920 terbaru yang ternyata tidak perlu pesaing.
Tidak mahu menimbulkan masalah, Jennifer Aniston telah menangguhkan perkahwinannya bersama Justin Theroux untuk memberi laluan kepada bekas suaminya, Brad Pitt dan Angelina Jolie yang turut sama akan berkahwin. – Us Weekly
Psy memang seorang ikon Korea tambahan pula dengan single terbarunya berjudul “Gentleman” kini sedang meledak di laman sesawang sehingga mendapat sambutan hangat dari seluruh dunia. Terbaru, beliau menunjukkan tarian untuk single tersebut di hadapan beribu penonton yang hadir untuk perlawanan LA Dodgers, Amerika Syarikat. – Allkpop
Selepas hampir 15 tahun melupakan saat getir bersalin, Nurul Depp atau dahulu lebih dikenali sebagai Nurul Wahab mahukan anak lelaki menghiasi rumah tangga yang dibina bersama Eric Depp. – Kosmo
Penyanyi yang popular dengan lagu “Bola-bola Api” Siti Nordiana duet bersama Allahyarham Achik Spin mengakui terasa sunyi setelah hampir 4 tahun hidup sebagai ibu tunggal dan kini sedang sibuk membuat persiapan untuk perniagaan tudung online yang dilakukan bersama teman rumah. – Berita Harian
Pasangan romantis Hollywood, Mariah Carey dan juga Nick Cannon bakal memperbaharui perjanjian perkahwinan yang dimeterai lima tahun lalu di hadapan istana buatan di Disneyland. – Eonline