fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.327)

VIDEO HARI INI: Walaupun demam Gangnam Style sudah lama berakhir, namun ianya tidak menghalang Samsung dari menggunakan lagu tersebut untuk mempromosikan Galaxy S4 di India. Kelakar pun ada.

Datuk Aznil Nawawi mengaku tidak mengetahui yang beliau mempunyai masalah dengan Zain Saidin selepas pelakon itu mempertikai kemenangan Pak Nil pada satu cabaran MasterChef Selebriti. – mStar Online

Kalau kaya apa pun mampu bukan? Taylor Swift di’lapor telah membayar secara tunai sebanyak US$17 juta untuk sebuah rumah agam berkeluasan 11,000 kaki persegi di Rhode Island, Amerika Syarikat – TMZ

Selepas bercinta selama lima tahun, akhirnya Michael Jordan mengikat tali perkahwinan dengan wanita pilihan Yvette Prieto dalam satu majlis penuh meriah di Palm Beach, Florida. – US Weekly

Miley Cyrus mendedahkan yang beliau merasa ianya satu tindakan yang betul untuk bertunang dan memberikan komitmen dalam hubungan dengan Liam Hemsworth tetapi tetap memilih untuk low profile. – MTV

Pelakon popular Korea, Hyun Bin mengesahkan yang beliau akan kembali dengan filem berjudul King’s Wrath yang merupakan filem pertama beliau selepas tamat tugasan wajib tentera pada Disember 2012. – Soompi