fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.320)

VIDEO HARI INI: Suka dengar lagu Thrift Shop oleh Macklemore & Ryan Lewis? Selepas video muzik lagu tersebut berjaya mencapai lebih 300 juta tontonan di Youtube, kali ini giliran Can’t Hold Us.

Peminat muzik pop Korea di Malaysia bakal di’hidangkan dengan K-Pop Dream Concert yang bakal menampilkan SISTAR, 4Minute, Brown Eyed Girls, Born to Beat (BTOB) dan G.NA. – Utusan Malaysia

Bintang Breaking Bad, Aaron Paul mengumumkan melalui Twitter yang lapan episod terakhir siri TV akan ke’udara di AMC mulai 11 Ogos 2013 & bakal ada rancangan khas Talking Bad. – The Wire

Peminat siri filem Star Wars akan rejoice dengan berita ini, Disney telah umumkan yang siri filem epik ini akan mempunyai sebuah filem baru setiap tahun bermula 2015 dengan Star Wars: Episode VII. – Just Jared

Selebriti yang semakin mendekati ajaran Islam, Afdlin Shauki berkata beliau kini sedang mendalami ilmu perubatan Islam & bersedia tinggalkan dunia lakonan jika perlu dalam berhijrah. – GUA

Pernah bergelar Sexiest Man Alive, Bradley Cooper mendedahkan yang beliau masih tinggal bersama ibu’nya & itu sesuatu yang perlu selepas bapa beliau meninggal dunia dua tahun lalu. – People