fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.319)

VIDEO HARI INI: Oleh kerana persembahan awesome Anna Kendrick di dalam filem Pitch Perfect, mereka membuat keputusan untuk menerbitkan video khas untuk lagu Cups (versi mereka untuk When I’m Gone).

Ramai sudah tidak sabar rasanya untuk menonton filem Iron Man 3, tetapi pemina di Jepun lebih bertuah kerana buat pertama kalinya filem ini akan di’tayangkan dalam format 4D. – The Wire

Menjadi pujaan ramai sekitar tahun 90’an & popular sebagai aktress siri TV Baywatch, Pamela Anderson baru baru ini tampil dengan imej terbaru dan sangat menarik untuk wanita berusia 45 tahun. – US Weekly

Wanita misteri yang berjaya merebut hati Zizan Razak masih lagi misteri & dalam pada itu Kaka mengharap peminat tidak berspekulasi yang wanita misteri itu adalah dirinya. – mStar Online

Kumpulan yang agak berpengaruh di Korea, 4minute telah di’umumkan oleh Cube Entertainment sendiri akan membuat kemunculan semula pada 25 April ini dengan mini album keempat. – allkpop

Lagi gambar terbaru dari set penggambaran The Amazing Spider-Man 2 di New York dan kali ini ianya adalah adegan romantis antara teraju utama Andrew Garfield & Emma Stone. – Splash