fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.318)

VIDEO HARI INI: Anda mungkin mengenali Alison Brie menerusi sitkom popular Community dan ini adalah beliau meniru meme popular di internet dengan wajah comel beliau. She’s awesome!

Neelofa berkata yang beliau tidak terasa dengan reaksi Tasha Shilla ketika beliau tidak memenangi anugerah Pengacara TV Popular pada ABPBH 2012 yang lalu. Apa Tasha Shilla buat? – Malaysian Digest

Selepas melihat gambar beliau ketika berusia 19 tahun, Amanda Seyfried tidak berpuas hati kerana saiz payudara beliau ketika itu lebih besar berbanding ketika ini. Pun boleh jadi isu? – US Weekly

Dengan Psy sekali lagi menguasi pentas Youtube dengan video muzik terbaru beliau, ini infografik ringkas berkaitan di’manakah bintang veteran Youtube berada kini. Heh veteran. – Visual.ly

Ini berita yang mengejutkan dunia hiburan Korea sebenarnya, Hyeri dari kumpulan Girl’s Day di’laporkan kini sedang berpacaran dengan Tony Ahn (H.O.T) yang berusia 16 tahun lebih tua. – Soompi

Pelakon Jamie Foxx seperti di’ketahui akan membawa watak antagonis Electro dalam filem sekual The Amazing Spider-Man 2 dan ini pandang pertama sekitar set penggambaran filem tersebut. – Just Jared