fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.317)

VIDEO HARI INI: Secara eksklusif di MTV Movie Awards 2013 yang telah berlangsung semalam, trailer pertama filem sekuel The Hunger Games: Catching Fire di’tayangkan kepada khalayak peminat.

Bercakap tentang MTV Movie Awards 2013, anda boleh membaca senarai penuh pemenang dalam pautan yang kami sertakan ini dan pastinya The Avengers menguasai senarai termasuk Movie of the Year. – Moviefone

Ratu Rock Malaysia, Ella mengumumkan yang beliau bersama suami Azhar Ghazali akan menunaikan umrah pada 21 April ini yang juga bakal menjadi destinasi bulan madu mereka. Aww. – Utusan Malaysia

Anda mungkin hanya kenal Mark Zuckerberg, tetapi seorang lagi billionaire Facebook Sean Parker telah melaburkan US$9 juta hanya untuk hiasan perkahwinan beliau di California nanti. – TMZ

Video muzik terbaru Psy, Gentleman berjaya memecah rekod Youtube dengan menjana lebih 20 juta tontonan dalam masa 24 jam & sehingga kini ianya telah di’tonton lebih 58 juta kali. – Mirror UK

Justin Bieber telah di’kecam ramai pihak dek kerana meninggalkan satu pesanan kurang manis di muzium Anne Frank House, Amsterdam dengan berharap Anne Frank merupakan seorang ‘belieber’. – US Weekly