fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.308)

VIDEO HARI INI: Kelahiran baby zaman sekarang pun dah ada teaser okay! Terbaru, bayi lelaki pertama pasangan Irma Hasmie dan juga Redza Syah Azmeer yang diberi nama Redza Syah Irfan yang lahir pada 29 Mac lalu. Ikuti teaser exclusive khas untuk peminat mereka yang dibuat khas oleh Awanstudiomalaysia.

Bayi kepada pelakon seksi, Megan Fox, Noah akhirnya ditemui bersama Brian yang ketika itu berjalan-jalan di sekitar NYC . Us Weekly

Walaupun sudah agak lama berada di dalam industri namun nama Amanda Imani seperti tidak pernah menyinar. Ada sahaja isu dan kontroversi yang mencalarkan nama penyanyi itu. Namun begitu, Amanda sendiri mengakui bahawa dia tidak kisah dan sudah lali dengan cemuhan yang diterima.  – Utusan Malaysia

Pelakon yang menerima Anugerah Oscar menerusi lakonan bermutunya di dalam filem Silver Lining Playbook, Jennifer Lawrence memberitahu bahawa dia amat berterima kasih kepada keluarga yang banyak mengajarnya untuk menjadi diri sendiri dan tidak mengejar kemewahan dan juga populariti sebagai artis. – E Online

Pelakon dan juga kaki kelab, Lindsay Lohan ditemui terduduk di bawah meja di sebuah kelab malam di Brazil. – E Online

Pelakon cantik Marsha Timothy masih menerima tawaran kerja meskipun sedang hamil anak pertama. Isteri pelakon Vino G Bastian yang kini hamil lima bulan itu belum mahu berehat malah dia tidak berhasrat untuk mengurangkan kegiatan seninya dalam waktu dekat ini. – Kosmo