fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.306)

VIDEO HARI INI: Fantastik! Lagu terbaru hasil gabungan dari dua nama terkenal berlainan negara, Jay Park dan juga Mizz Nina tampil menarik di dalam muzik video terbaru berjudul “Around The World”.

Pihak agensi Hara dan juga Junhyung akhirnya mengesahkan bahawa pasangan ini sememangnya telah membawa haluan masing-masing kerana kesibukan kerja yang membuatkan mereka tiada masa untuk berjumpa. – Allkpop

Pelakon jelita, Gwyneth Paltrow yang juga merupakan isteri kepada penyanyi kumpulan Coldplay, Chris Martin memberitahu disebabkan keguguran yang hampir membawa kematian dirinya ketika mengandungkan anak ketiga membuatkan Gwyneth takut untuk mengandung. – Daili Chili

Menerusi beberapa keping gambar yang disebarkan di internet, pusara Seniman Negara,  Allahyarham Tan Sri P. Ramlee musnah. Turut sama musnah adalah pusara Puan Seri Saloma dan juga A.R Tompel. – Astro Awani

Selamat hari jadi diucapkan kepada penyanyi yang popular menerusi lagu “My All” Mariah Carey yang menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-43 hari ini. – Celebbuzz

Hayden Panettiere dan pemain tinju yang berasal dari Ukrain, Wladimir Klitschko kini dalam persiapan perkahwinan mereka selepas bertunang secara rahsia. Namun begitu, aktres yang berasal dari Nashville ini masih belum dilihat memakai cincin tunang secara umum. – Us weekly